Kuntum Cinta Yang Hilang

Hilangnya insan yang kucintai
Setelah menerima jemputan dari Ilahi 
Perginya takkan kembali
Perpisahan ini pastinya abadi

Hilangnya insan yang kucintai
Setelah hilangnya rasa percaya dalam hatinya
Atas kesilapan dan kealpaanku sebagai insan biasa
Rasa cinta yang terbina kian pudar dan suram warnanya

Hilangnya insan yang kucintai 
Setelah lenyapnya cinta dalam hatinya
Kerna diriku tidak punya apa-apa 
Apabila harta, kedudukan, pencapaian, paras rupa dan keturunan menjadi ukuran
Berbanding budi pekerti 

Aku sentiasa mengharap 
agar kuntum cinta yang berkembang mekar ini
akan terus mengharumkan taman hatimu
Walau kupupuk dan kujaga sepenuh hatiku,
Namun apakan daya,
Suatu masa, kuntum cinta ini kan layu jua.

Kini, barulah ku mengerti
Cinta manusia takkan kekal abadi
Rasa cinta yang tumbuh pasti akan hilang suatu masa nanti

Tuhanku,
Kau hadiahkanlah kuntuman cintaMu yang kekal abadi ini buatku
Sebagai pengganti kuntuman cinta insan yang sentiasa pergi
Dari hidupku…

RINI S.
8 Ogos 2011 / 8 Ramadhan 1432
3.35 a.m

p/s: Ku hadiahkan Al-Fatihah buat nendaku tercinta, Allahyarhamah Siti Jaharah yang pulang ke rahmatullah tanggal 6 Ogos 2011 dan nendaku Allahyarhamah Saliah yang kembali ke rahmatullah tanggal 27 Mei 2011. Semoga nenek tenang di sana....

Ulasan

  1. MasyaAllah... betul2 Luapan isi hati... :)
    "Wasta'inu bisshobari wasshalah..."

    BalasPadam
  2. Iya, Alim...apa lagi yang saya bisa lakukan selain hanya mencurahkan rasa hati di blog ini...;)
    Terima kasih untuk semuanya, temanku =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ada Apa Dengan Pengajian Melayu?

KRABI 2018: Itinerari dan Bajet (4H 3M)

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (Edisi Raya): Nostalgia Kad Raya